Saturday, 20 April 2013

BILA KAWAN MENJADI LAWAN!!



Kehidupan manusia ini satu lumrah kebiasaanya mempunyai kawan, samada kawan yang baik, yang buruk, yang kecil malah yang besar, semuanya pasti tidak dapat tidak adanya juga kawan. Sinonimnya kawan ini adalah satu perkenalan antara satu sama lain tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Sesungguhnya pula Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai kawan yang dipanggil sebagai sahabat, seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan ramai lagi, semua juga di panggil golongan sahabat nabi.

Tetapi malangnya apabila kawan bertukar menjadi lawan, ini amatlah sadis jika adanya manusia demikian, kerana kawanku bisa berkata, "aku tidak mahu menjawab di hadapan Allah kenapa aku putus kawan dengan kau"  menyebabkan aku terkesima seketika, jika itu yang dikatakan olehnya maka seharus aku perlu beringat di dalam diri ini, erti persahabatan itu penting dan harus di jaga.

Hakikatnya pula,

Kita berkawan kerana kepentingan peribadi, ini adalah satu sikap yang buruk yang patut dijauhi, kerana jika kita berkawan atas dasar kepentingan peribadi menyebabkan perkenalan kita juga tidak lama. Sebagai contoh yang selalunya berlaku, bila kita kaya ramai kawan rapat dengan kita, tetapi bila kita miskin kawan pula jauh menyendiri dari kita. Itulah dinamakan berkawan atas dasar kepentingan. Ramai pula yang berlaku sekarang menyebabkan menjadi barah dalam masyarakat.

Sebaliknya,

Berkawan biarlah biasa tetapi mesra, walaupun rapat sebaiknya serahlah kepada yang maha Esa. Setiap persahabatan terjalin dengan niat kerana Allah maka kita adalah manusia yang paling mulia. Selalunya orang cakap "nak cari kawan suka-suka ini banyak di tepi jalan, tetapi nak cari kawan menangis dan susah bersama itu payah", maka jadilah seperti kawan yang tahu erti susah senang bersama. 

Perkara ini di anggap remeh temeh, hakikatnya besar di sisi islam, sebagaimana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud,

 "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10) 

Maka apabila kita berkawan maka kita menjalinkan hubungan persaudaraan sesama kita, menyebabkan hubungan silaturahim sesama kita semakin utuh dan kukuh. 

Selain itu, memahami antara satu sama lain juga amat penting dalam aspek komunikasi ataupun interaksi, kerana pelbagai kaedah juga terkandung di dalam perkara tersebut yang lahir dari hati naluri bernama kawan. Kawan yang dapat memahami antara satu sama lain adalah kawan yang bijaksana. Tetapi perkara itu tidak semudah yang disangka untuk melakukan, maka sama-samalah kita berusahanya. 

Maka dengan itu,

Berkawanlah dunia dan akhirat, biar berkawan biasa tetapi mesra. Lebih baik rapat dan mesra kerana Allah s.w.t. Sebagaimana pula Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya"(Hadis Riwayat al-Bukhari) .

maka terbuktilah jika kita berkasih sayang kepada kawan, maka kitalah tergolong dalam orang-orang yang beriman. Jika kita menjadi orang yang beriman maka kitalah manusia yang terhebat di dunia mahupun di akhirat. 

Akhir kata dari insan biasa,

Kepada kawan-kawanku diluar, aku memohon maaf jika ada salah silap sesama kita, biarlah kita berkawan sampai ke akhirat dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Jika kalian melihat kesalahan ku memang kalian akan jumpa, tetapi jika kalian merindukan persabahatan dan erti kawan, maka kita buang yang keruh ambil yang jernih. Memohon maaf sekali lagi, aku merindui sejuta impian persahatan dari Ilahi.

CutI SEMester SUDah BERmuLA...

hye kawan2... lame kan tak update blog ni.. ahahha.. almaklum la kan... bz dengan " FINAL EXAM" la kate kan.. ahhahaa.. ap2 pon... haaaa!! aku nak gtau ni! mood final exam dah abis.. skang mood "CUTI SEMESTER" PLAK!! ahahaha.. ap nak buat cuty sem ni? haaa! tu yg aku tak tahu tu!! 

Dok umah ni\... keje aku makan tdo jela jawab nye kan!! ahahaha.. naik sem ad je kawan2 aku tegur "ADA... KO DAH GEMOK LA!!" paling tak suka aku bila dengar ayat camtu!! ngeeee!!! aku pon balas la... " MANE TAK NYE HATY NGAH SENANG!" Ahaha.. amik kau! ngeee!

Tapiiiii.. cuty sem ni aku tak dok umahhh!! hahahaa.. dapat keje kat kedai makan paklong sendiri!! tapi kan...... keje kat kedai makan ni nafsu makan kena kawal!! kalau tak ... haaaaa!! terima la akibat nye kemudian ari!! ahahaha... tapiiiii... alhamdulilah.. aku kat kedai makan sekali jer.... tapi.... air aku minum banyak!! suka aty aku la nak minum air ap.. janji kena buat sendiri laaa!! ahahhaa.. keje xseberapa... tapi air minum!!! haaaa!! AMIK KAUUUU!!! 
Dapat la aku duit poket sikit2 time cuuty sem ni haaaa!! xdela asyik nak mintak kat mak aku jer!! t kena marah!! ahahahaha ... :) 

Bila aku nak g jalan2 ngan kawan2 aku plak ni ehh!! asyik bz ngan keje je!! ahahhaa.. almaklum laaa.. dah keje kaannn! huhuhuuhu... :P
tapiiii... aku cuty ahad n isnn.. haaa! time tu la aku nak g berjalan!! lalalallalaa... tapi nak g ngan sape???
tu yg jadi masalh!!! hahahha
Ad sape2 yg sudi temankan aku tak?? hahhahhaa... pape jer la yg aku mengarut dah ni!!!

Cuty sem 3 ni sampai bulan 6... fuhhh!! lame nyeeee!! tapi bile pk2 balik ... rase macam kejap jer masa berlalu... ni dah seminggu aku cuty!! ahahaa.. pejam celik... pejam celik ... dah naik sem baru... SEMESTER 4!! yeahhh!! dah jadi SENIOR!! lalalala... :P

Aku harap result sem 3 ni semua nye okayy!! taknak repeat paper maaaa!! susah kot kalau ad paper repeat!! hmmm.. kena pandai cari jadual n mase yg sesuai ... susah2!! harap2 sangt xde paper repeat !! amin... :)