Wednesday, 27 February 2013

10 TIPS MENGAJAR BAYI.



Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.  
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten.  Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat.  Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang  berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
2. Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar  yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya.  Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul.  Daripada anda menggunakan ‘ne ne’  yang mewakili  susu  atau ‘mam mam’ untuk makanan.  Anda pasti teruja bila bayi anda  dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya  memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut  kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. Bacakan buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi  inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda,  pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan  membacakan buku kepadanya  supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.
5. Mula awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten.  Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda.  Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.
7. Penerokaan.
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia  belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira. 
8. Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.
9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus  supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Wednesday, 20 February 2013

Bersuka Ria Bersama Kawan Rapat...

Assalamualaikum semua!! Hai korang! Apa khabar? Sihat tak? Mesti sihat selalu kan!! Alhamdulilah
Hari ini aku nak berkongsi cerita dengan korang semua!!! hahaha... Sudikan nak dengar cerita aku ni!! 
lallalalala...
 

Ini cerita semasa cuti raya cina hari tu... Aku keluar bersama kawan2 sekolah aku dulu!
Rindu kot nak lepak sama2 ngan dieorang semua! 
Sekian lama tak jumpa akhir nya pada 14.2.2013 (khamis) dapat kami berjumpa kembali. 
Yeahhhh!!! Seronok kot dapat jumpa kawan2 aku semua!! huhuhu
Kami jalan2 kat Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.
Mula2 kami pergi tengok wayang... Cerita KERAT 14. Cerita tu boleh laa.. Takde la best sangat.. 
hahahaha...
Then kami lepak kat tepi laut.. Amik angin di tepi pantai sambil ambil gambar bersama.,
Bermacam2 posing kami lakukan ... Kami semua sporting punya orang!! 
Untuk buat kenangan kan! haaa!! Bukan selalu dapat bersama ngn mereka means macam jumpa dieorang selalu la... Yelahh! Masing2 bz dengan kerjaya masing2 kan!! 

Dan ini la kawan2 kami!!








Kami happy bila bersama.. Tak berhenti dengan gelak tawa masing2!! 
Aku sayang kawan2 aku !!!!
Hope korang jaga diri baik2!! jangan lupakan aku if aku dah takde suatu hari nanty! 


Thursday, 14 February 2013

Suka Suki bersama kawan- kawan!!

Selamat malam semua!! Assalamualaikum ... :)
Hari ini aku mahu cerita pasal aku hangout bersama kawan-kawan sekolah dulu..
Yeahhh!! Seronok sangat-sangat... Sekurang2 nya aku dapat luangkan masa bersama kawan-kawan aku dan dapat tenangkan fikiran ni... hahahahaa..
Apa pon tak boleh la.. Mula2 kami pergi tengok wayang!! Yahoooo!!
Cerita "KERAT 14".... best or tak best??
Nak tau? Tengok la sendiri di pawagam!! Memang terbaik laaa!! hahahaa




Ini pelakon utama dalam cerita ini... Aaron Aziz dan Siti Saleha....


Tuesday, 12 February 2013

Selamat Hari Lahir....

Assalamualaikum semua.. Hari ini aku nak cerita pasal Hari Lahir Ibu dan Ayah aku... hahaha


Masa 2.2.2013 tarikh tu hari lahir mak aku... Yang ke 54 tahun.. Tapi sayang nya masa hari jadi maka aku...
aku takde di rumah!! sian mak saya!! sedih tak dapat sambut hari jadi on time!!! 
takpe mak!! yang pasti anak2 mak masih ingat mak dan tidak lupa dekat mak!!
Kami sayang kan mak!! Adik harap mak sihat walafiat!! LOVE YOU MOM!!! MUAHHHHH!!
Mak jaga diri baik2 tau!! Walaupun adik jarang balik rumah. adik sentiasa ingat pada mak ... Tak pernah lupakan mak!! 
IBU.. IBU... ENGKAU LA RATU HATI KU...
BILA KU BERDUKA ENGKAU LA GEMBIRA KAN AKU!! 
yeahhh!! aku ubah lirik!! hahahaa


Yang tarikh ni plak hari jadi ayah aku.. Pada 12.2.2013.. Yang ke 50 tahun.. haaa!! 
Aku sayang kedua ibu bapa aku ni.. Tanpa mereka siapalah kami ... hehhee
Adik doakan abah semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki dan dipermudah kan segala urusan.. AMIN..
Adik akan usaha kan buku yang abah nak ... Insyaallah adik akan usaha cari buku yang abah mahukan!! 
Kami sayangkan abah.. Walaupun abah tak selalu berada dirumah, kami tak pernah lupakan abah.. Abah la HERO kami dalam pelbagai masalah yang kami hadapi!! 
Kami sayang kan ABAH DAN MAK!!! LOVE YOU!!! MUAAHHHHH!!!!



Itulah permulaan kami, 
Dapat melihat bulan dan matahari,
Yang dikurniakan dari ilahi,
Ayah dan Ibulah mesti dihormati.

Ayah dan Ibu wali-wali keramat,
Pada mereka kita beri hormat,
Pakailah tunjuk ajar dan nasihat,
Supaya hidup kita akan selamat...