Saturday, 17 August 2013

R.I.N.D.U

Assalamualaikum.. lama dah tak update blog ni! jomm ! sambung story kat sini!

Banyak la plak aku nak story ni! nak mula kan yang mana ni! hahaha
Nak citer pasal raya tahun ni.. 2013.. ahaha.. Alhamdulilah.. aku berasa bersyukur padamu Tuhan kerana dapat meraikan hari yng mulia bersama insan tercinta... iaitu keluarga ku.. Raya tahun ni semua adk beradik ku beraya di kampung halaman.. di Melaka.. Aku berasa happy sangat2!! Dapat beraya bersama mak n ayah, abng2, abng ipar, kakak2 dan kakak ipar ku.. tak lupa jugak kat anak buah aku sorang tu! ehhehe.. happy sangat! terima kasih Ya  Allah..

Ini la keluarga ku! sayang semua!! :)

Seterusnya aku nak story pasal someone ni! Yang dulu nya aku rapat dengan dia! tapi skang dah xmacam dulu! Masing2 dah besar kan! Dah ad awek! Tu sebenarnya aku nak cakap! ahhaa.. btw Aku happy kot kawan ngan kau! kau la kawan yang aku sayang! ko baik ngn aku! ko layan karenah aku! ko bagi ap yang ko nak bagi kat aku! ko tak penah tolak ap yang aku nak! tapi sekarang dah tak macam dulu! :( 
Disebalik kata2 aku ni ad cerita tersendiri! nak cerita kat sini! panjang sangat! ahahaa.. :)
Sebenarnya aku rindu kenangan lama aku ngan dia! rindu nak gurau2 ngan die macam dulu! rindu nak jalan2 bersama ngan dia! rindu nak makan same2 ngan dia! aku rindu nak jumpa dia! hmmm!! sedih nye weyhhh! 
Tu semua hanya tinggal kenangan bersama ngn dia! kadang2 aku nangis ! sebab rindu kan dia! tapii.. hanya air mata saje yang sapat menemani aku dan memahami aku ketika tu! Aku hanya berdoa pada Allah semoga die sihat selalu.. berbahagia bersama orng tersayang! aku harap dia xlupa kan aku! walaupon doa dah ad orng tersayang! :(  RINDU kau mok!! Tu teddy bear yang dia bagi kat aku! Nama dia MOKCIK! :)


Rindu kat arwah akram! Sudah hampir setahun arwah tinggal kan kami! Terasa rindu aku kat arwah! hanya gambar saja dapat aku lepaskan rindu kat arwah! Raya tahun ni! tak dapat beraya bersama2 arwah! Terasa kehilangan arwah! Bulan 2 ari tu kakak aku kawin... Bila arwah xde! terasa lain.. tak tau camne nak cakp! xde lagi gurau senda ngn arwah! arwah rajin orang nye! Tak boleh cerita panjang2! nanty aku sedih! nangis plak depan laptop ni!! hmmm.. :( Rindu kan kau Akram.. Semoga kau tenang di sana! Al-Fatihah... 
Tu gambar arwah bersama abang aku! Rindu this moment!! 


hmm! Ok la .. malas nak story panjang2 dah! penat nak menaip nye ni! hahaha.. nnty sambung story lagi tau! ad jer story ni! tapi malas dah nak menaip!! lalaala.. bye2!! 
MISS U ALL!! :)


Saturday, 22 June 2013

KISAH SEORANG IBU! :)

IBU KITA SEORANG PENIPU!! 


1. waktu kita makan..ibu pasti akan memberikan makanan kepada anak2 dia lebih dari makanan dia..namun bila ditanya mengapa berbuat demikin,dia menjawab"x pa lah nak,ibu dah kenyang..korang makan lah lebih dari ibu..biar kowang kuat..ibu x per,ibu dah kenyang" namun,itu hanya alasan..sebenarnyer ibu x mahu anak2 nyer x cukup makanan..ibu tipu ! ! !


2. waktu kita sakit..ibu yang sentiasa merawat kiter..walaupun x tido malam dan sntiasa berjager tuk kita..ketika kita menyuruh ibu untuk tidor..ibu hanya menjawab" x per lar nak..ibu x ngantuk lagi..kamu tido lar..jangan banyak bercakap kamu tuh sakit" lalu kiter pown tido..tanpa kita sedari yg ibu kita sudah pown menipu kita..tujuaannyer untuk menjaga kita..ibu tipu lagi..

3. sewaktu dia penat bekerja..dia masih sempat memasakkan makanan tuk kita sebelom kita sempat pulang dari sekolah..kita balik dalam keadaan yang lapar..tanpa mandi dan menukar pakaian..kiter membuka tudung saji untuk makan..namun ibu menegur..dia suruh kita mandi dahulu...selapas mandi..kita mengajak ibu untuk makan..namun ibu menjawab" x per..makan lah..ibu dah makan tadi" namun disebaliknyer..ibu belum makan..ibu hanya mahu memastikan yang anak2nyer cukup makan..selesai makan,baru lah kita sedar bahawa ibu belum makan apabila kita ternampak ibu kedapur mencari saki baki makanan yang ada..namun makan sudah kita abiskan akibat menjangkakan yang ibu sudah makan..ibu tipu kita..namun apakan daya..hanya air mata yg mampu mengalir waktu itu apabila melihat ibu sanggup menahan lapar..

4. waktu kita dah berjayer..berlinangan air mater ibu biler kiter keluar negara tuk menyambung pelajaran..kiter tau yg ibu kiter sedih kerana terpaksa berjauhan dengan kiter..namun dia simpan perasaan sedih dengan sebuah senyuman yang diukir.."belajar rajin2 nak..jaga diri kat tempat owang..ibu sentiasa doakan dari jauh.." namun disebalik kata2 itu kita x tahu betapa luluhnyer hati ibu kerana terpaksa berpisah dengan kita..

5. sewaktu kita telah bekerjaya..kiter jarang pulang ke kampung malah jarang sekali menelefon ibu..kita hanya mengirim wang kepada ibu...namun,biler ader kesempatan tuk menelefon ibu yang hanya beberapa minit..kita bertanyakan sama ada ibu sihat atau x..wang yg diberikan cukup atau x..dia menjawab dengan lantang" ibu sihat nak,duit yg kamu bg pown masih ader lagi ibu simpan..jangan risaukan ibu yer" namun disebalik ucapan yg diucap..dia sebenarnyer menyembunyikan sakitnyer.. menyimpan perasaan rindunyer kepada anaknyer..namun kita masih buta..ibu masih menipu kita..

6. penipuan terakhir yang membuatkan setiap anak pasti mengalir air mater..bila kita mendapat panggilan yang menyatakn ibu dimasukkan ke hospital...kita bergegas pulang ke kampung dan menjenguk ibu di hospital..kita menangis..namun dengan tangan yg uzur ini ibu mengesat air mater kita.." jangan risau nak..ibu x apa..ibu sihat..dua tiga hari lagi baik lah" ibu berkata begitu walaupun sudah dalam keadaan yang amat perit...saat itu ibu hampir sakarat dan sangat tenat..lalu kita memimpin ibu dengan kalimah suci syahadah..ibu pergi dengan tenang kerana dapat melepaskan rindu kat anak nyer yg lama x pulang menjenguk dia..mengapa ibu..mengapa ibu masih menipu walaupun ajal sudah hampir menjemput..sugguh besar pengorbanan seowang ibu..dia sanggup menipu untuk menyenangkan hati anak2nyer..hargailah ibu kita selagi kita masih dikurniakan insan yang bernama ibu..namun jangan lupakan ayah...tanpa mereka siapa lah kita pada hari ini..

jangan sesekali kite lupa jasa pengorbanan seorang ibu!! hargai la ibu bapa kite selagi hayatnya masih ada... sayangila mereka..:)
SELAMAT HARI IBU.... 

Wednesday, 12 June 2013

RIndUuuUUu...

hye2 .. assalamualaikum... lame kan aku dah xupdate status kat blog ni... ahahhaa.. almaklum laa.. dah abis pon subjek tu kan.. lalallaa... aku tak tau nak update ap sebenarnye... story banyak nak crte.. tapi tak tau nak cerita caMNE.. ehehehe...

macam2 story aku nak cerite.. tapi aku malas nak menaip.. ahahhaa... 

Saturday, 20 April 2013

BILA KAWAN MENJADI LAWAN!!



Kehidupan manusia ini satu lumrah kebiasaanya mempunyai kawan, samada kawan yang baik, yang buruk, yang kecil malah yang besar, semuanya pasti tidak dapat tidak adanya juga kawan. Sinonimnya kawan ini adalah satu perkenalan antara satu sama lain tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Sesungguhnya pula Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai kawan yang dipanggil sebagai sahabat, seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan ramai lagi, semua juga di panggil golongan sahabat nabi.

Tetapi malangnya apabila kawan bertukar menjadi lawan, ini amatlah sadis jika adanya manusia demikian, kerana kawanku bisa berkata, "aku tidak mahu menjawab di hadapan Allah kenapa aku putus kawan dengan kau"  menyebabkan aku terkesima seketika, jika itu yang dikatakan olehnya maka seharus aku perlu beringat di dalam diri ini, erti persahabatan itu penting dan harus di jaga.

Hakikatnya pula,

Kita berkawan kerana kepentingan peribadi, ini adalah satu sikap yang buruk yang patut dijauhi, kerana jika kita berkawan atas dasar kepentingan peribadi menyebabkan perkenalan kita juga tidak lama. Sebagai contoh yang selalunya berlaku, bila kita kaya ramai kawan rapat dengan kita, tetapi bila kita miskin kawan pula jauh menyendiri dari kita. Itulah dinamakan berkawan atas dasar kepentingan. Ramai pula yang berlaku sekarang menyebabkan menjadi barah dalam masyarakat.

Sebaliknya,

Berkawan biarlah biasa tetapi mesra, walaupun rapat sebaiknya serahlah kepada yang maha Esa. Setiap persahabatan terjalin dengan niat kerana Allah maka kita adalah manusia yang paling mulia. Selalunya orang cakap "nak cari kawan suka-suka ini banyak di tepi jalan, tetapi nak cari kawan menangis dan susah bersama itu payah", maka jadilah seperti kawan yang tahu erti susah senang bersama. 

Perkara ini di anggap remeh temeh, hakikatnya besar di sisi islam, sebagaimana Allah s.w.t berfirman yang bermaksud,

 "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10) 

Maka apabila kita berkawan maka kita menjalinkan hubungan persaudaraan sesama kita, menyebabkan hubungan silaturahim sesama kita semakin utuh dan kukuh. 

Selain itu, memahami antara satu sama lain juga amat penting dalam aspek komunikasi ataupun interaksi, kerana pelbagai kaedah juga terkandung di dalam perkara tersebut yang lahir dari hati naluri bernama kawan. Kawan yang dapat memahami antara satu sama lain adalah kawan yang bijaksana. Tetapi perkara itu tidak semudah yang disangka untuk melakukan, maka sama-samalah kita berusahanya. 

Maka dengan itu,

Berkawanlah dunia dan akhirat, biar berkawan biasa tetapi mesra. Lebih baik rapat dan mesra kerana Allah s.w.t. Sebagaimana pula Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya"(Hadis Riwayat al-Bukhari) .

maka terbuktilah jika kita berkasih sayang kepada kawan, maka kitalah tergolong dalam orang-orang yang beriman. Jika kita menjadi orang yang beriman maka kitalah manusia yang terhebat di dunia mahupun di akhirat. 

Akhir kata dari insan biasa,

Kepada kawan-kawanku diluar, aku memohon maaf jika ada salah silap sesama kita, biarlah kita berkawan sampai ke akhirat dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Jika kalian melihat kesalahan ku memang kalian akan jumpa, tetapi jika kalian merindukan persabahatan dan erti kawan, maka kita buang yang keruh ambil yang jernih. Memohon maaf sekali lagi, aku merindui sejuta impian persahatan dari Ilahi.

CutI SEMester SUDah BERmuLA...

hye kawan2... lame kan tak update blog ni.. ahahha.. almaklum la kan... bz dengan " FINAL EXAM" la kate kan.. ahhahaa.. ap2 pon... haaaa!! aku nak gtau ni! mood final exam dah abis.. skang mood "CUTI SEMESTER" PLAK!! ahahaha.. ap nak buat cuty sem ni? haaa! tu yg aku tak tahu tu!! 

Dok umah ni\... keje aku makan tdo jela jawab nye kan!! ahahaha.. naik sem ad je kawan2 aku tegur "ADA... KO DAH GEMOK LA!!" paling tak suka aku bila dengar ayat camtu!! ngeeee!!! aku pon balas la... " MANE TAK NYE HATY NGAH SENANG!" Ahaha.. amik kau! ngeee!

Tapiiiii.. cuty sem ni aku tak dok umahhh!! hahahaa.. dapat keje kat kedai makan paklong sendiri!! tapi kan...... keje kat kedai makan ni nafsu makan kena kawal!! kalau tak ... haaaaa!! terima la akibat nye kemudian ari!! ahahaha... tapiiiii... alhamdulilah.. aku kat kedai makan sekali jer.... tapi.... air aku minum banyak!! suka aty aku la nak minum air ap.. janji kena buat sendiri laaa!! ahahhaa.. keje xseberapa... tapi air minum!!! haaaa!! AMIK KAUUUU!!! 
Dapat la aku duit poket sikit2 time cuuty sem ni haaaa!! xdela asyik nak mintak kat mak aku jer!! t kena marah!! ahahahaha ... :) 

Bila aku nak g jalan2 ngan kawan2 aku plak ni ehh!! asyik bz ngan keje je!! ahahhaa.. almaklum laaa.. dah keje kaannn! huhuhuuhu... :P
tapiiii... aku cuty ahad n isnn.. haaa! time tu la aku nak g berjalan!! lalalallalaa... tapi nak g ngan sape???
tu yg jadi masalh!!! hahahha
Ad sape2 yg sudi temankan aku tak?? hahhahhaa... pape jer la yg aku mengarut dah ni!!!

Cuty sem 3 ni sampai bulan 6... fuhhh!! lame nyeeee!! tapi bile pk2 balik ... rase macam kejap jer masa berlalu... ni dah seminggu aku cuty!! ahahaa.. pejam celik... pejam celik ... dah naik sem baru... SEMESTER 4!! yeahhh!! dah jadi SENIOR!! lalalala... :P

Aku harap result sem 3 ni semua nye okayy!! taknak repeat paper maaaa!! susah kot kalau ad paper repeat!! hmmm.. kena pandai cari jadual n mase yg sesuai ... susah2!! harap2 sangt xde paper repeat !! amin... :)

Tuesday, 26 March 2013

FINAL EXAM !!

Assalamualaikum!! haaa!! Dah lama kan aku tak update status kat blog ni!! Macam2 story aku nak cerita n berkongsi ngan korang semua!! tapi! kali ni pasal FINAL EXAM!! haaa!! lepas sudah susah payah kami menyiapkan assignment yang berlambak2!! akhirnya siap dengan sempurna nya!!! alhamdulilah!! terima kasih ya allah!!! syukur pada mu ya allah!! kerjasama dengan kawan2 lagi!! haaa~~ terima kasih pada kawan2 yang tolong dan mmberi idea untuk menyempurnakan assignment ni!! 
NOW!! tiba sudah musim peperiksaan!! fuhhhh!! seramm? takot? gementar! semua ad !!! insyaallah kami lulus dengan jaya nya! insyaallah!! berakhir nya final exam ni! maka berakhir la semester 3 kami!! insyallah!! 
Kepada kengkawan seperjuangan aku !! haaa!! korang jangan lupa kat aku tau!! mintak maaf jika ad wat salah dan silap sengaja or tidak sengaja!! harap dimaafkan!! 0-0!! yeahhhh!!! 

GOOD LUCK TO ALL MY FRIENDS!! :) 
jangan stress2 tau kawan2!! STUDY SMART NOT STUDY HARD!! :) yeahhhh!!!


Saturday, 2 March 2013

Berangan jap!!!


Fon yang aku idam kan!! ahhaha
berangan je lebih aku ni!! sape nak tolong beli kan fon ni ehh!! lallalalaa
Mintak kat sapa eh!! 
Ade sape2 nak tolong belikan fon ni tak?? hahahhaa


haaaa!! yang ni pon aku idamkan selama ni!! bila la boleh dapat ni eh!!
ade sape2 yang baik hati tu kan!! meyhh la beli kan untuk aku!! lalalalallalaa...
Kalau la time birthday aku dapat hadiah ni!! 
perghHh!! seronok+happy+gembira yang teramat la!!! hahahaha
BERANGAN JE NI!! LALLALALALA